Monday, December 3, 2007

ALUMNI PERMADAH

PERMADAH pendeknya. Panjangnya Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya. Ia ditubuhkan pada 12 Julai 1976. Dalam usinya kini 31 tahun timbul idea untuk merekontruksi alumni sejajar dengan penubuhan alumni mahasiswa Universiti Malaya.

PERMADAH telah banyak melahirkan pemimpin disegenap sektor pekerjaan terutamanya di negeri Kedah. Objektifnya adalah menghubungkan pemimpin, ahli-ahli lalu yang banyak berjasa kepada PERMADAH. Diharapkan perkumpulan ini menjadi komuniti kehidupan yang berinteraksi menghubungkan generasi turun-temurun Persatuan Mahsiswa Kedah Universiti Malaya.

Alumni PERMADAH ini, insyallah akan dirasmikan oleh Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-31.


Setiausaha Agung PERMADAH 2007/08
Mohd Hafizuddin B. Mohd Shukri

No comments: