Wednesday, May 20, 2009

Majlis Perkahwinan Mantan PERMADAH


1) Sesi 2006/2007
a) Rodhiyah Ahmad-mantan naib presiden (HELWA)
6 Jun 2009
No.106 A, Kg Kuala Jeneri, Sik, Kedah

b) Hafizudin Othman -mantan bendahari
7 Jun 2009
Kg Sawa Kechil, Pendang, Kedah

c) Hamidah Abdullah -mantan s/u kerja
6 Jun 2009
Kg Lebai Saman, Naka, Kedah

2) Sesi 2007/2008
a) Zulkifli Yaakob - mantan presiden
11 Jun 2009
Kg Lebai Saman, Naka, Kedah

Semua adik beradik, ahli & bekas ahli PERMADAH di jemput hadir ke majlis Perkahwinan mereka.
Jom Sama-sama kita memeriahkannya

Sunday, December 14, 2008

Himpunan 10 Batch Alumni PERMADAH

Ikatan Siswazah Kedah Darul Aman (ISDA) dengan kerjasama ex-Presiden PERMADAH (Anuar) akan menganjurkan Himpunan 10 Batch Alumni PERMADAH bersempena majlis perkahwinan beliau .


Tarikh : 20 Disember 2008 (sabtu)
Masa : 3.45 Petang
Tempat: Kg. Bendang Dalam, Binjal, Jitra (Rumah Anuar).





  • Bagi yang bermasalah berkaitan lokasi diminta berkumpul di hadapan Hospital Jitra pada pukul 3.15 Petang.
  • Sebarang masalah sila hubungi 013-2228653
  • Bagi yang sudah berkeluarga digalakkan datang bersama keluarga masing-masing.
  • Sebarkan pada sahabat-sahabat yang lain.

"Bersama Perteguhkan Silaturrahim"

Wednesday, August 13, 2008

Terkini : Syarat Untuk Menjadi Ahli Ikatan SIswazah Kedah Darul Aman (ISDA)

1. Warganegara Malaysia yang dilahirkan di Kedah samada asal usul keturunan dari Kedah atau mempunyai sejarah pendidikan atau menetap di Kedah atau pernah menyertai organisasi dari atau di Kedah.

2. Sudah menamatkan pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi.

3. Sanggup mematuhi peraturan dan perlembagaan ISDA setiap masa.


Mohd Hafizuddin Mohd Shukri
Moderator
Alumni PERMADAH
http://p-deen.blogspot.com

Friday, May 23, 2008

Kerangka Merekonstruksi Platform Siswazah Kedah


Alumni Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya sedang merangka satu platform bagi mahasiswa kedah yang telah atau akan menamatkan pengajian. Kerangka ini adalah satu proses merekonsktruksi siswazah dibawah satu bumbung untuk bergerak berbakti kepada segenap lapisan masyarakat. Diharapkan ia menjadi satu permulaan yang baik bagi membina masyarakat madani. Kerjasama semua mahasiswa KEDAH amat diharapkan.

hafizuddins
http://p-deen.blogspot.com/

Monday, December 3, 2007

ALUMNI PERMADAH

PERMADAH pendeknya. Panjangnya Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya. Ia ditubuhkan pada 12 Julai 1976. Dalam usinya kini 31 tahun timbul idea untuk merekontruksi alumni sejajar dengan penubuhan alumni mahasiswa Universiti Malaya.

PERMADAH telah banyak melahirkan pemimpin disegenap sektor pekerjaan terutamanya di negeri Kedah. Objektifnya adalah menghubungkan pemimpin, ahli-ahli lalu yang banyak berjasa kepada PERMADAH. Diharapkan perkumpulan ini menjadi komuniti kehidupan yang berinteraksi menghubungkan generasi turun-temurun Persatuan Mahsiswa Kedah Universiti Malaya.

Alumni PERMADAH ini, insyallah akan dirasmikan oleh Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-31.


Setiausaha Agung PERMADAH 2007/08
Mohd Hafizuddin B. Mohd Shukri